9.3.12

mengukir di bintang... :)

SALAM everyone... salam ku layangku untuk sahabat2 yang jauh juga dekat.. so hows life? ok je? soi soi je? good? great? haha moga mendapat yg terbaik untuk diri dan di insan2 sekeliling juga dapat tempiasnya...

u know what? i da tak rasa awkward utk bukak blog sendiri! yeayy! fully recovered kah?. well, let it become the secret of Allah swt. even me myself dont have the exact answer. huhuhu... tapi so far, tidak segan untuk ku katakan hatiku sedikit tenang.. dengan alunan suara yuna mengukir cintanya di bintang, begitu juga situasinya hati yang di sini. haha.. bukan untuk mengukir cinta sesiapa atau kepada sesiapa, sekadar senang dengan hati yang semakin tenang.. wahhh!. wonderful right??

banyak ilmu yang telah ku kait selama beberapa bulan ku bersendirian mendiamkan diri. banyak jawapan kepada soalan2 yang selama bertahun2 dulu kubiarkan tidak berjawab. seperti yang selalu kukatakan, aku bukan sedih, juga tidak menyesal. cuma lebih kepada kecewa dengan sikap segelintir yang selama ini kuanggap sahabat. tidak kusalahkan sesiapa juga menyalahkan takdir. ini ku anggap sebagai lukisan hidupku sendiri. Allah lorekkan sedikit kepayahan supaya aku terus dekat denganNya. untukku untuk tidak terus berhenti mencari jalanNya yang terang.. kan?. itu adalah hikmah kan?.

banyak yang ku faham tentang physiology manusia.cukup banyak tidak terhitung. bila ditapis setiap maksud gerak manusia juga kita sudah mampu menadah bertimba2 ilmu. hilang kepercayaanku kapada manusia tidak sama sekali. tetapi hidup dengan lebih berhati-hati dan berjaga-jaga, itu yang akan kuamalkan selepas ini.

berkata mengenai hati, ku tahu ia sangat lemah terutamanya bila dikaitkan tentang beberapa penyakit dunia sperti 'cinta'. pada asalnya itu bukan penyakit ya. tetapi berlebihan dalam pengambilannya boleh mendatangkan mudarat. ia ibarat vitamin. seharian kita memerlukannya. tanpanya kita lemah, lebih pengambilannya, kita juga menjadi lemah. ada juga yang bersuara untuk mengejar cinta. ku bukan tidak setuju, mengejar iman sendiri juga selalu kita semput, inikan mahu dikejarnya cinta, sahih kita akan ditinggalkan di belakang. nasib tidak baik, cinta  yg lari begitu laju itu terbabas melanggar hati lain, maka kita hampa dalam airmata.. haha.. nasiblah.. ada juga menyarankan, bila ada manusia yang sudah berkenan, dilayankan sahaja. mana tahu itu jodoh kita. benar, tidak ku sangkal yg kerja menentukan jodoh itu kerja tuhan, kita mmg tidak mampu menentukan jodoh kita sndri. tapi kan sewajarnya kita tanya hati kita samada sedia atau tidak untuk melebarkan sayap dalam sesebuah hubungan. melayan kehendak jasad sendiri juga kita tiada kuasa, ada hati mahu melayan kehendak orang lain. jadi, jalan terbaik adalah, dilepaskan berterbangan perasaan itu. mungkin ada hikmahnya..

walaupun begitu, tidaklah salah kiranya kita mencuba. ada ku pesan dengan beberapa insan yang ko hormat dan ku sayang. jangan berputus asa dalam menunggu cinta. jangan jadi pasif kerana kita bukan duduk di zaman itu lagi. gagal sekali tidak bermakna kita harus berhenti mencuba. ada yang mengeluh 'tidak biasa' ada juga yang berkata 'dia bukan type saya' tidak kurang juga 'banyak lagi perkara yg lebih penting dari ini'. hahaha.. terpulang.. hak masing2. aku juga punya jawapanku sndiri. 'aku masih belum sedia'. tapi aku tidak tolak kiranya masa itu sudah datang untuk aku mencuba. akan ku jalankan bahagianku setakat yang ku mampu. dan semoga tuhan membuka jalan untukku dan sahabat2 yang seangkatan denganku ke lembaran yang lebih indah.. hehe...

apa-apapun, hak2 orang tuaku akan ku berikan dahulu. masa dan perhatian untuk mereka akan kudahulukan. ku tolak tepi kehendak dan keinginanku buat masa ini.. yalah, selama ini kehendakku telah dilayan dengan penuh sabar oleh mereka. inilah masanya untuk ku balas kembali. jika ku punya teman, akan kupastikan dia yang sebulu dengan orang tuaku, bukan jenis yang akan menyakiti mereka, menjatuhkan air muka mereka dan juga yang akan membahagiakn mereka dengan mengembirakan aku.. senang saja..

langkah demi langkah kini kuhalakan terus ke masa hadapan. setiap gerak kakiku ini punya sebab. jangan ada sesiapa yang mempertikaikannya kerana aku tidak suka. moga kalian faham. cukuplah sekadar kalian memerhati, tapi jangan persoalkan. aku juga, tidak akan ku persoalkan apa2 selepas ini.. adil kan? haha... sekian.

semoga kamu yg ku sayang, hidup dengan gembira. ku doakan kamu bahagia walaupun dengan siapa dan di mana sahaja kamu berada.. sanyumku untukmu. :)

salam.