13.3.12

jobless is not hopeless.

salam untuk semua... today is teusday. another productive day for the rest of us i guess. haha.. tak banyak pun yang mahu dibicarakan. bangun sahaja dari tidur harini ku terfikirkan satu isu. kumemandang sedikit hairan kepada segelintir sahabat yang suka memberikan tanggapan negatif dan sinis kepada sahabat yang lain.

senang dikatakan, minda kita selama ini mudah dikongkong. sudah terlalu sempit untuk melihat dunia yang sememangnya luas. contohnya begini. jika melihat orang membonceng motor dan berpakaian selekeh, hati berdetik mengatakan dia miskin. jika dia memandu kereta mahal, dikatakan dia kaya. jika dia sentiasa menggunakan barangan mewah dan makan ditempat2 eksklusif, dikatakan dia hidup terlalu moden sehingga tidak mampu hidup susah. jika dia hanya sekadar makan ubi kayu rebus dicicahkan dengan sambal tumis merah, dikatakan dia kampung dan tidak punya taste. ahaha.. begitulah umpamanya. perlu ditegaskan disini ini tidak dikaitkan dengan sesiapa ya.. haha.. jangan ada yang salah tafsir atau terasa pula ya.

tetapi yang ingin ku lanjutkan isunya di sini adalah mengenai isu pekerjaan. yalah, org baru habis belajar kan. apa lagi yg lbh difikirkan selain dr pekerjaan. haha.. banyak yang memandang serong dan bertanya jika seseorang masih tidak di dalam alam pekerjaan.. nampak banyak tanda soal atas kepala mereka..banyak! serius tak tipu! selalu ditanya;
'laa, kenapa tak kerja lagi?' 
'nak tunggu bila baru nak cari kerja?' 
'kau ni nak menganggur sampai bila?' 

soalan yang sopan juga sering ditnya tetapi tetap sentap, seperti;

 'masih nak brehat ek?. takpelah rehat dulu sampai puas' 
'nak aku tolong carikkan kerja tak? aku banyak contact' 
'bila next interview?'
'owh, nak tggu sambung master ek?'

 hahahaha.. again, ini tidak ditujukan kepada sesiapa. jika ada yang sentap sendiri, sila salahkan diri anda, jangan salahkan saya. hoohoho~


apa yang saya kisahkan di sini adalah, apa yang mereka faham mengenai kerja? or having a job or in an accupation or pekerjaan or apa2 terms yang seangkatan dengannya lah.. adakah dengan mempunyai offer letter dari mana2 company itu sudah di kira mempunyai pekerjaan? atau mempunyai pay slip atau slip gaji setiap bulan sudah dikira cukup bagus kerana mempunyai pekerjaan? atau adakah dengan bangun dan bersiap pagi2 memakai pakaian formal menuju ke pejabat atau mana2 sektor pkerjaan dengan meredah ksesakan jalan dan punch kad on time itu dikira mempunyai pekerjaan? ke macamana?. kalau mereka2 yg tidak mempunyai pay slip or offer letter or letter of acceptance, adakah mereka dikira menganggur?. hurmm..soalan2 ini yang harus di jawab oleh mereka2 yg suka bertanyakan soalan2 seperti di perenggan yang atas.
kalau jawapannya adalah 'ya', maka itu bermaksud fikiran kita sbg manusia terlalu tipikal. mungkin itu perkataan yg sesuai setakat ini. kalau begitu, bermakana ayah ku selama hampir 20 tahun, dia tidak mempunyai pekerjaan.kerana selama 20 tahun ini tidak pernah ku lihat dia memiliki mana2 offer letter dr mana2 company, tidak sekali aku memegang slip gajinya dan tidak juga sekali2 aku melihat dia bangun awal2 pagi memakai kemeja dan slack hanya mahu rush ke pejabat. tidak pernah sekalipun. adakah ini dikira ayahku seorang penganggur?. tapi dia mampu memberikan kesenangan kepada seisi keluarganya tanpa merungut. mampu memiliki segala harta duniawi yg selama berpuluh tahun diidamkannya dan mampu mengumpul asset ats namanya sendiri.

sebenarnya tidak akan wujud segala soalan2 diatas kalau jawapannya adalah 'tidak'. kerana kita mampu faham yang memiliki pekerjaan tidak semestinya harus memiliki offer letter or slip gaji atau sebagainya. tidak apa yang hendak dimalukan jika tidak punya semua itu. ayah dah buktikan yang sesiapa juga mampu berjaya dengan keringat sendiri walaupun tanpa mempunyai gaji bulanan atau majikan. kita mempunyai ijazah dalam sesuatu bidang, tidak bermakna kita perlu bkerja dalam bidang itu. ayahku tidak mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan atau seni bina atau perakaunan tetapi dia mampu menghasilkan rumah2 yang cantik, yang mampu di jual dan di pasarkan, mampu manjaga asetnya dengan sempurna juga mampu mengawal kewangannya tanpa banyak masalah.

apa yang mahu ditekankan di sini, even though we are not attached or belonged to any company, doesn't mean we are the losers. we are not losers in fact. bekerja di rumah, berjasa dengan org tua juga satu pekerjaan. masakan ramai warga seberang sanggup bersusah payah datang ke malaysia mahu menjadi pembantu rumah. dan gaji mereka masyaallah mahal okeh. bibik yg diupah ayahku gajinya sebulan mencecah 700. kalah mereka2 yang chambering skang.. haha.. jadinya, jika dengan duduk di rumah dan menjaga kebajikan orang tua, atau untuk mereka yg sudah berkahwin, menjaga kebajikan suami dan anak, itu juga di kira pekerjaan. awak bekerja sendiri dengan ahli keluarga awak. kepuasannya tak terhingga. tak tentu lagi mereka yang mempunyai pay slip di luar sana mampu menyempurnakan kebajikan keluarga mereka seperti yg kita mampu. tetapi, untuk mereka yang mampu melaksanakan keduanya, tanggungjawab dan amanah oleh majikan kepada mereka dan tanggungjawab yang Allah beri kepada mereka untuk keluarga, sekalung tahniah diucapkan!. bukan kerja yang senang yeh rakan2 untuk menguruskan keduanya sekali.. fuuuhh, mmg salute ah!
jadi, untuk mereka2 yg masih menunggu mana2 panggilan untuk sebarang pekerjaan, sila jangan down. sila positifkan diri anda. persetankan apa yang orang lain mahu katakan. ini adalah diri anda, hanya anda saja yang memahaminya. beribu alasan yang kita berikan pun tak guna jika stigma masyarakat pada kita suda sebegitu. dan dear friends yg asyik bertanya. sila jangan beri tekanan lagi. cukup dengan segala tekanan yang mereka sudah ada. sesekali, put urself in their shoes then u will understand what they feel about it. trust me. your simple question may depress them for the whole day!. u gonna ruin their days! nak bertanggujawab ke kalau terjadi apa2 kpd mereka? nak? nak? tanak kan? so, just shut ur mouth up. full stop. kbai. salam.. 

2 comments: