9.12.11

budi dan bahasa itu datang seiring yeh.

salam jumaat semua... sy br je lepas selak2 belog2 yg skarang dok kecoh pasal kes kutuk2-backup2 kpop tu.. ye, betol lah tu. ehh, bkn sbb sy nk join kutuk ke ape, nak tlg backup, jauh sekali!. sy kan pure melayu. dengar lagu omputih ponnn jarang. sokmo dgr lagu rok kapak jeh. korea2 nih, kalo ade yg nk sponsor pegi sana, sy mmg nak tp nk fanatik retis2 dorg, rasanya tak lah kot.. hahaha.. main subject here is not the kpop things tp budi bahasa. ye (again), budi bahasa yg da smakin terhakis dr sifat semulajadi manusia terutamanya kita org melayu. *apesal rasa mcm skema je tulisan hari ini ye?. hurrmm.. 

mmg org melayu sekarang kuat mengutuk yeh? kuat mengata?n kuat mencaci dan memaki?? like seriously?. kalau nak berkata bad things like babi setan sial pukimak bodoh fuck pegimampos bullshit tu rasanya mcm dah biasa sgt dah dengar keluar dr mulut bangsa kita. acane lah dorg ni.. yg da besar2 tu ok lah fhm lah.. yg biasa benau mulut nk menyebut pkataan2 tu skang ni adelah bebudak sekolah yg tak besau mana ponn.. hingus ponn meleleh lagi, pkai tdung pon senget2 lagi.. nk beli eskrem pon makbapak bg duwet lagi, tp lagak macam dah besau sgt je kan.. alahai dik oi... kesian akak tgk korg..

sbnrnya dah byk kali dah perasan.. well, sy pon ada adik2 yg baru nk meningkat remaja. mereka pon ada kawan2. sy kawan juga dgn mereka. trend mereka kot nk master words mcm tu. sape lg byk  tau vocabs, dialah master.. ke gitu?. ntahlah.. i've been reading those comments yang ada kat belog adik sorg ni yg katanya fake blog pon.. kesian sgt tgk. bukan kat org yg kena kutuk. tp kat org yg mengutuk tu... hadik2 je ponn tp bahasa kau org! alahai, sedih dik oi, sedih! kawan2, (yg sebaya2 sy lah ni), kita masa dulu time skola dulu2 lah, ade ke throw such harsh words cm gini? kalaupon marah, cm ni ke?. me personally rsanya tak.. kalau ada yg terlepas tu, shame on me lah.. haih..

frankly speaking, sy pon tak adelah baik mana... tp xdelah smpai hati sy nak mengata mencaci org sedemikian rupa. yes, sakit hati tu biasalah. rasa nk maki org pon sesalu, tp kan boleh cari words yg lagi sopan dan acceptable. ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung pon tak berterabur. maksudnya??. biar mesej yang kita nk sampaikan tu sampai kat org yg sepatutnya tapi diri kita sendiri tak dibenci dan tak memalukan pihak yg satu lagi. kan ke elok begitu. use ur words wisely after this ok.

 i have to agree that masing2 ada pendapat masing2 n masing2 nak luahkan isi hati masing2. yeah yeah.. i know all the facts of human rights, freedom of speech freedom of accosiation, segala macam right dalam perlembagaan persekutuan blah blah blah.... tp masa kita meluahkan tu, ada tak kita fikir perasaan org lain?. nak2 yg melibatkan public access sprti blog twetter fb etc. pernah terfikir tak, kalau kitalah yg kena laser macam tu, apa plak perasaan n tindakan kita?. menangis? menyorok bawah katil?. ke trus g terjun bangunan je??.kannn.. so bila kita tanak org buat kat kita, jgn r buat kat org pulak. it's karma kan. life is like a wheel. mesti pernah dengar kan?. n sure semua pon faham kan?.apa yg cikgeligeli ckp kat belog dy mmg adalah betol. jangan sampai kita buat sekarang, tp menyesal tak sudah. ksian sgt. masa korg panjang lagi. umur baru belas2 tahun plak. kenapa nak gelapkan masa depan sndri dgn mempunyai mulut yg setaraf dgn loji kumbahan?. oppsss!

itu baru bebudak kecik yg main kutuk dan keji.. nasib tak baik, DS Najib pon selalu kena! alahai kesian kat DS. tak percaya? tunggu DS post smthing kat tweeter and FB beliau then tgk komen2 yg beratus2 cecah ribu kadang2 sume dok pakat kutuk beliau n pentadbiran Msia sekarang. nak gelak pon ada sbb lawak tgk gelagat so-called malaysian yg dok mengata tu tp satu komen pon DS tak layan, tak terkesan lgsg kt beliau.. haha.. lawak kn?. sia2 je usaha mereka mengutuk DS ibarat mencurah air di daun keladi.. hahaha.

ok, ini bukan nak cakap pasal politik ke apa, sbb sy tau x ramai yg suka politik2 ni nak2 barisan nasional khususnya UMNO. well n fine, sy boleh respect pendapat mereka dgn tak menulis apa yg mereka benci. huhu.. tp isu yang mahu dibangkitkan di sini adelah kat mana budi dan bahasa kita sebagai org melayu??. kau cakap kasar2, tp kau pakai tudung, nama memasing ade nur muhamad ber bin binti bagai, sembahyang tanak tinggal. tak ke rasa tak telly dgn perbuatan sendri?. Nabi x suruh pon umatnya menghina sesama umat, apatah lagi menjatuhkan aib saudara seagama. Nabi dah pesan supaya kita menutup aib saudara kita sendiri supaya tak menjadi penyebab keruntuhan agama sndiri. fikir logik sudah. buat apa nak malukan bangsa n saudara sendiri dgn menyumpah seranah?. sayang menyayang saling percaya punca kasih berpanjangan (lagu sarah raisudin dgn jamal!hahaha) sudah...

dari kecik lg kita dah d suruh berikrar rukun negara. ingat tak rukun yang terakhir?. ke dah lupa? ke blindly follow je??. 'kesopanan dan kesusilaan' ye kawan2.. sapa yg tatau apa mksudnya sila angkat tangan!!

jadi, marilah bersama2 kita manjaga kesopanan dan budi bahasa serta tingkah laku sebagai org melayu yang beragama islam.

sekian dari saya, assalamualaikum. =)