14.6.11

dialah jodohku~

salam.. terbaca satu artikel di I Luv Islam. menarik! ada pengisian dan manfaat.. sangat sesuai untuk mereka2 yg x berapa faham konsep 'berpasangan'. haha.. prinsip org lain2. cara org berkasih sayang pon lain2.. cara saya juga lain.. mungkin tak ramai yang faham cara saya menyayangi orang (mksd sy orang yang belum ada ikatan dengan kita lah).. 'bercinta' x semestinya kita memerlukan kekasih. cukuplah saya bercinta pada yang Satu buat masa ini.. owh, ramai berpendapat, "kalau tak bercinta, macamana nak kenal hati budi?.boleh ke kahwin dengan orang yg kita tak cinta?" bagi saya, boleh ja. 'bercinta' bukanlah tiket untuk kita mengenali hati budi orang lain semata2. bertaaruf dalam ikatan SAHABAT, masih relevan kan?.mengenali adik beradik dan saudara mara kita, itu consider bercinta ke?. mempunyai sahabat2 yang rapat, perlu ke 'brcinta' dengan mereka baru bole kenal hati budi?. bagi saya, cinta itu suci. hanya Allah yang satu dan insan2 terpilih saja yg boleh memiliki cinta kita. keep ur love sacred. simpan cinta awak hanya untuk Dia.. =)

kat sini suka rasanya hati ini untuk kongsikan keratan artikel yang dbaca tadi.. enjoy!

`````````````````````````````````````````````````
Untuk memilih teman hidup, lelaki mesti memilih wanita yang cantik, bergaya dan boleh dibawa ke sana sini. Dalam hati mesti berbangga kerana pasangannya cantik dan orang sentiasa memuji akan kecantikan pasangannya.

Antara pujian itu:

"Pandai kamu memilihnya, kalaulah aku dapat, aku tak akan lepaskannya."

"Pewittt, hebatnya kamu, cantik... cantik... cantik."

Mesti kamu akan berbangga jika menerima pujian sebegitu.

Pasangannya boleh dibawa ke mana-mana sahaja, setiap hari keluar dating. Tidak kira siang malam, yang penting bahagia. Setiap hari ada saja temujanji untuk bertemu tanpa ada istilah jemu.

Bahagiakah namanya itu jika setiap hari keluar dating? Itulah lumrah pasangan berkasih, sehinggakan lupa segala syariat dan hukum Allah S.W.T.

"Yang penting 'happy', hidupkan hanya sekali."

Tahu pula hidup hanya sekali, kenapa tak banyakkan amal ibadat, supaya di sana nanti lebih bahagia, tidak ada masalah yang menimpa, tidak payah fikir apa pun.

Kalaulah pasangan yang dipilihnya tidak cantik, tidak bergaya biarpun pasangannya seorang muslimah sejati, orang tentu akan mengejinya. Mesti dia terseksa, walaupun dia menyedari itulah pilihan yang terbaik dan menjamin Syurga buatnya.

Antara kejian itu:

"Takde orang lain ke yang kau pilih sebagai pasangan, leceh la."

"Hahahaha, sakit perut aku, lawak, lawak... ketinggalan zaman la bro.."

Mesti sakit hati jika menerima kejian sebegitu?

Pasangan sebegini lebih mementingkan ukhrawi daripada duniawi, dia akan menolak ajakan pasangan untuk keluar berdua, kerana dia takutkan azab Allah S.W.T dan dia tidak mahu hanyut oleh godaan Iblis Syaitan laknatullah.

Tentu bosankan mendapat pasangan yang sebegini, sentiasa menolak ajakan kita untuk keluar berdua.Tentu kita bersungut andai ajakan kita tidak dapat dipenuhinya.

Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, walaupun dia tidak cantik pada rupa paras, tetapi dia cantik pada akhlak dan budi pekerti. Ilmu agamanya penuh di dada dan menjadi benteng untuk menghalang godaan nafsu yang melalaikan.

``````````````````````````````````````

thanx for reading!

No comments:

Post a Comment