21.5.11

Hati yang tersenyum~

mengikuti satu program yg menarik last friday.. ye, sgt menarik.. pengisian yg cukup sempurna walaupun tidak mengambil masa yg terlalu lama.. walaupun taarufnya agak singkat, ttp sy ttp dpt mrasakn sesuatu perasaan yg sukar untuk digambarkan.. prasaan yg bercampur baur, gembira, sedih, duka, sayu... bermacam-macam..

u come to this kind of shelter home, then what do u expext?. happiness??.joyness??.gelak ketawa??. owh, absolutely not!. saya dapat rasakan aura sedih mereka.. yes, sedih!. sebak d hati tuhan saja yg tahu..mahu rasanya dialirkan air mata ini mengenang nasib mereka di sini.. tp adakah dengan tangisan kita kan mengubat duka mereka?. tidak kan?. saya senyum..kawan2 yg lain pun senyum.. kami senyum walau dalam hati dengan sejuta satu pertanyaan yg mengasak perasaan.
mahu saja dilontarkan setiap pertanyaan di hati.. mengapa jadi begini??. apa yg kamu fikirkan sampai terjadinya kamu begini??. tidakkah kamu kenangkan ibu bapa kamu ketika melakukan ini??. masih ingatkah kamu pada tuhan kamu??. bagaimana kamu mahu meneruskan kehidupan kamu selepas ini??.bagaimana pula dengan zuriat dan generasi kamu??. kamu tahu yg kamu adalah salah seorang yg telah merosakkan nama baik Islam itu sendiri??. siapa yg perlu disalahkan??. kamu??. atau ibubapa yg gagal mendidik kamu??.atau syaitan yg telah menghasut kamu??.. c..byk persoalan yg mahu dimuntahkan.. tapi, siapa kita mahu menghukum mereka?. siapa kita yg mahu menunding jari menyalahkan mereka??. siapa kita?.saya diam kembali..

sesampainya saya di rumah ini agak terlewat.. maklumlah memandu sendiri tanpa panduan GPS yg betul.. huu.. sayang seribu kali sayang kerana tidak dapat memulakan majlis dengan kehadiran diri sendiri.. tidak apalah, mungkin bukan rezeki kali ini. selangkahnya kaki di dalam rumah, ada deru tangisan bayi.. ada kanak2 yg berjalan membawa tubuh mereka yg comel ke sana sini.. tersenyum sambil menghampiri kami tanda menyambut ketibaan kami.. beberapa gadis lalu di depan kami dengan perut yg sarat berisi.. saya tersenyum.. owh, beruntungnya kamu.. beruntungnya kerana dapat menikmati saat2 menjadi seorang ibu.. maka saya cemburu.. saya juga mahu merasai ada janin yg hidup di dalam rahim saya.. meniti saat2 bergelar umi adalah saat yang setiap wanita inginkan.. kamu bertuah tuhan beri kamu rezeki yg tak ternilai harganya..

sayangnya, suka saya tidak lama. mengenangkan nasib mereka dikemudian hari, nasib anak2 yang dikandungnya itu, terdetik di hati ini, kamu semua masih mentah, masih muda belia. bagaimana kamu mahu mengharungi hidup kamu ini?. kamu tersenyum, adakah senyuman kamu itu ikhlas dari hati?. saya yakin jawapan yg bakal diberikan adalah tidak!. sayang sungguh jalan yg kamu pilih itu adalah jalan yg salah.. anak yg kamu kandung itu dari benih yang haram. tapi, Allah maha adil. ditiupkan roh pada benih kalian itu supaya kalian sedar yg hidup ini tidak selalunya indah. langit itu tidak sesalunya cerah; supaya kamu berhenti dari terus malakukan zina. itu yang Allah mahu beritahu kalian. Cintanya Dia kepada kalian kerana memberi peringatan tatkala kalian masih belum terlepas jauh ke jalan yg sesat. MasyaAllah...

mata ini terus tersenyum.. sesenyumnya saya seperti yang diluahkan di bibir ini. hati saya juga tersenyum. semoga dengan senyuman dan kehadiran kami dapat melegakan gundah di hati kalian.. masih banyak yang kami tidak terokai.. mungkin kerana kesuntukan masa atau juga kerana batas-batas yang menghalang.. tetapi, jauh di sudut sanubari kami, kami faham kesengsaraan yang kamu semua rasai. disisih, dihina masyarakat. kami bukan siapa2 untuk menyisih kamu dan kamu juga bukan siapa2 untuk terus menanggung perit ini.. kamu juga manusia biasa, manusia yg juga punya khilaf dan melakukan kesilapan. buruknya manusia bukan diukur dengan kesilapan2 yg dia lakukan, tetapi sejauh mana dia mahu terus melakukan kesilapan itu. ingat, Allah sentiasa menerima taubat hamba2nya.. kamu semua sudah di lorong yg benar. mahu kembali ke jalan yg lurus adalah pilihan terbaik kamu. teruskan kehidupan kamu. sekali kamu sesat tak bermakna kamu akan sesat untuk selamanya.. saya doakan kamu dan zuriat yang bakal kamu lahirkan nanti.. semoga mereka menjadi pewaris agama bangsa dan negara yang berjaya disisi Allah s.w.t InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment