19.1.13

pre marriage feeling. mmg wujud ke?

Salam dan selamat malam..

Usai menghadiri majlis perkahwinan di GMI Bangi dan majlis pertunangan d bukit tinggi klang. Penat wehhhhh..

Yes. People talk about engagements n weddings Lately. Actually bukan lately je cumanya dengan umur kita2 yg dkatakn sudah patut menghulur jari utk dsarungkn cincin, perkara2 kawen n tunang ni da jadi macam lali utk didengar.

Bila asyik menghadiri majlis org, terdetik juga d hati bila mahu langsung majlis sndiri smbil mengarang2 dalam kepala bentuk majlis yg bakal d buat nanti walaupun tahu itu sekadar anganan buat masa ini. yelah siapa yg tak teringin nak ada majlis sndri kannn... Bila asyik ditanya 'engkau bila lagi?' Jenuh rasa mahu menjawab 'jodoh tak smpai lagi'. Kalaulah boleh tahu bila jodoh nk smpai, mmg da canang satu dunia dah agknya bgtau nk kawen dah. Tapi xde, so diam2 je.

Ok sbnrnya ada satu perkara yg asyiklah bermain d dlm kepala ni dr td. Ini berlaku d mjlis bertunang. Si pengantin ada menyuarakan yg dia sendiri masih ragu2 dgn kputusan besar yang diambilnya ie mahu berkahwin dengan lelaki itu. Aku berfikir, tak sampai sejam pun lagi cincin tunang akn dsarungkan, dy masih ragu2. Mmg begitu ke rasanya org2 yg mahu bertunang n berkahwin ni?

Sy bertanya bukan apa, sbb perkara sbegitu mbuatkan org sprti sy jd btambah takut. As if pkara sebegitu adalah pkara yg mengerikan. Mmg semua akn rasa sebegitu ke?

Dulu mak ada bagitahu. Perkahwinan ni mcm perjudian. Untung nasib kau menang, kau akn bahagia. Bila nasib kau kalah, tanggunglah kau dgn hati yg merana. Once da kahwin xkan bole patah balik. Mmg boleh bercerai, tp xkan boleh patah balik ke masa sebelum kahwin. Nak tanak kena terima saja. Takde siapa yg nk tolak bahagia, tp xde siapa juga yg mahu derita. Haishh. Kna berdiri depan cermin. Tgk muka sendiri, rasa2 boleh bagi kbahgiaan pd org lain atau tidak. Kalau jawapannya ya, insyaallah tuhan akn balas dengan kebahagiaan juga.

Tapi utk diri ni, rasanya jodoh lmbt lg. Siapa yg x cemburu tgk org ke jinjang pelamin kan. Tp biarlah ak ke jinjang pelamin kerana betul2 sedia, bukan kerana terikut2 Pada keinginan sbb tgk org lain bsanding jugak. Dah mmg jodoh tak smpai lagi, diam jelah n keep berdoa agar dpermudahkan, itu saja. Huhu...

Yg sudah berkahwin, semoga anda2 berbahagia. Walaupun sy blum berkahwin, tp sy ttp tau lumrah hidup org yg berkahwin kerana saya juga dtg daripada pasangan yg telah berkahwin. Jadi, jgn smbunyikan masalah perkahwinan anda dengan mencanang kebahagiaan anda d seluruh alam maya. Semua org tahu takda perkara yg sempurna d dunia ini. Lebih baik berdiam diri kan drpd mencanang benda tidak pasti. Dan klaupun betul anda mmg bahagia, reserve it only for you And your partner. Tak perlu bgtau semua org sbb mereka tanak tahu pun. Believe me. Somehow its annoying...

Sbgai penutup bicara, ayuhlah sama2 berdoa agr dpermudahkn jalan kehidupan kita dunia akhirat. Aminn aminnn... :-)

Notakakiku: sedang crik pusat rawatan utk resdung. Lately sinus dtg mnyerang x kira masa tnpa belas kasihan Sampai gegendang telinga pun da jd sakit. Rse nk gv up bila bersin almost 24hours non stop! Tgh tidur pon bole bersin! X tahan wehhh! Any suggestion?

No comments:

Post a Comment