assalam. salam jumaat.
hari khamis kelmarin bersama berita gembira sekali lagi daripada firma ini untuk diriku.
probation period telah disahkan dan telah berkuatkuasa pada 7/01/2013 isnin lepas. alhamdulillah. walaupun masih belum sah bergelar peguambela dan peguamcara, aku telah diterima dengan hati terbuka di firma ini. syukur dengan rezeki.
gaji permulaan juga telah disahkan. tak apa. macam mak kata jangan merungut. kita kerja biar ikhlas. duit kalau dikejar memang tidak akan pernah cukup. yang sedikit tu insyaallah akan tetap akan cukup dengan berkat dan redha orang2 sekeliling terutamanya pelanggan kita. so aku dah tanak risau2 dah pasal duit. insyaallah ada rezeki akn btambah dan bergolek2 rezeki datang dari langit. insyaallah.
ada sahabat pernah beritahu, dia persoalkan, kenapa manusia bila sudah bekerja dan mempunyai duit sendiri, menjadi semakin kedekut untuk digunakan dan berbelanja. masa itu, aku masih di bawah jagaan dan tajaan ayah bonda, dan aku mengiakan kata2 sahabat itu. tapi sekarang, aku sudah faham dan aku akan menidakkan. itu bukan kedekut, tapi berjimat. dengan duit yang sedikit itu, kita akn sentiasa merasakan tidak cukup dan takut untuk keluarkan duit walau seringgit. percayalah. bukan kedekut, tapi berjimat.
aku yang dulunya sangat suka berbelanja, sekarang menjadi semakin berkira. ya, aku sangat berkira sekarang. aku mahu menyimpan duit-duit yang ada kerana tahu sangat susah untuk mendapatkannya. tapi bukanlah sampai ke tahap kedekut. insyaallah akan ada bahagian untuk orang2 lain itu.
kena bersihkan hati. bersihkan. ikhlaskan niat. bekerja kerana mahu berbakti kepada yang memerlukan khidmat kita. bukan semua mampu buat apa yang kita buat. biarlah gaji tidak setinggi mana asalkan puas hati dapat berbakti. azam tahun baru, mahu puaskan hati semua orang tapi tidak membelakangkan hati sendiri. insyaallah. 2013 dengan hati yang berbunga-bunga dan penuh dengan kasih sayang. hati telah dibuka semula untuk insan2 yang masih memerlukan. insyaallah..

No comments:
Post a Comment