19.1.13

pre marriage feeling. mmg wujud ke?

Salam dan selamat malam..

Usai menghadiri majlis perkahwinan di GMI Bangi dan majlis pertunangan d bukit tinggi klang. Penat wehhhhh..

Yes. People talk about engagements n weddings Lately. Actually bukan lately je cumanya dengan umur kita2 yg dkatakn sudah patut menghulur jari utk dsarungkn cincin, perkara2 kawen n tunang ni da jadi macam lali utk didengar.

Bila asyik menghadiri majlis org, terdetik juga d hati bila mahu langsung majlis sndiri smbil mengarang2 dalam kepala bentuk majlis yg bakal d buat nanti walaupun tahu itu sekadar anganan buat masa ini. yelah siapa yg tak teringin nak ada majlis sndri kannn... Bila asyik ditanya 'engkau bila lagi?' Jenuh rasa mahu menjawab 'jodoh tak smpai lagi'. Kalaulah boleh tahu bila jodoh nk smpai, mmg da canang satu dunia dah agknya bgtau nk kawen dah. Tapi xde, so diam2 je.

Ok sbnrnya ada satu perkara yg asyiklah bermain d dlm kepala ni dr td. Ini berlaku d mjlis bertunang. Si pengantin ada menyuarakan yg dia sendiri masih ragu2 dgn kputusan besar yang diambilnya ie mahu berkahwin dengan lelaki itu. Aku berfikir, tak sampai sejam pun lagi cincin tunang akn dsarungkan, dy masih ragu2. Mmg begitu ke rasanya org2 yg mahu bertunang n berkahwin ni?

Sy bertanya bukan apa, sbb perkara sbegitu mbuatkan org sprti sy jd btambah takut. As if pkara sebegitu adalah pkara yg mengerikan. Mmg semua akn rasa sebegitu ke?

Dulu mak ada bagitahu. Perkahwinan ni mcm perjudian. Untung nasib kau menang, kau akn bahagia. Bila nasib kau kalah, tanggunglah kau dgn hati yg merana. Once da kahwin xkan bole patah balik. Mmg boleh bercerai, tp xkan boleh patah balik ke masa sebelum kahwin. Nak tanak kena terima saja. Takde siapa yg nk tolak bahagia, tp xde siapa juga yg mahu derita. Haishh. Kna berdiri depan cermin. Tgk muka sendiri, rasa2 boleh bagi kbahgiaan pd org lain atau tidak. Kalau jawapannya ya, insyaallah tuhan akn balas dengan kebahagiaan juga.

Tapi utk diri ni, rasanya jodoh lmbt lg. Siapa yg x cemburu tgk org ke jinjang pelamin kan. Tp biarlah ak ke jinjang pelamin kerana betul2 sedia, bukan kerana terikut2 Pada keinginan sbb tgk org lain bsanding jugak. Dah mmg jodoh tak smpai lagi, diam jelah n keep berdoa agar dpermudahkan, itu saja. Huhu...

Yg sudah berkahwin, semoga anda2 berbahagia. Walaupun sy blum berkahwin, tp sy ttp tau lumrah hidup org yg berkahwin kerana saya juga dtg daripada pasangan yg telah berkahwin. Jadi, jgn smbunyikan masalah perkahwinan anda dengan mencanang kebahagiaan anda d seluruh alam maya. Semua org tahu takda perkara yg sempurna d dunia ini. Lebih baik berdiam diri kan drpd mencanang benda tidak pasti. Dan klaupun betul anda mmg bahagia, reserve it only for you And your partner. Tak perlu bgtau semua org sbb mereka tanak tahu pun. Believe me. Somehow its annoying...

Sbgai penutup bicara, ayuhlah sama2 berdoa agr dpermudahkn jalan kehidupan kita dunia akhirat. Aminn aminnn... :-)

Notakakiku: sedang crik pusat rawatan utk resdung. Lately sinus dtg mnyerang x kira masa tnpa belas kasihan Sampai gegendang telinga pun da jd sakit. Rse nk gv up bila bersin almost 24hours non stop! Tgh tidur pon bole bersin! X tahan wehhh! Any suggestion?

17.1.13

happy newly wedd hannaani! *shouts*

rasanya masih tak terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat pengantin baru kpd sahabat gelak-nanges-ngumpat-makan pizza a&w-shopping-makan donut lepas bangun tidur n buat muka comel mintak kaki tangan-merayau tgh malam sama-sama.

banyak memori sesama kite kan. yu da kawin. da masuk stage baru. harap berbahagia. now masa da x byk nk spend dgn kwn2. now kalo nk ajk borak2 pon yu da ada curfew hours haha. dan dan pukul seploh da ngantuk walhal dulu time single mingle pukul 5 pagi pon x tidur2 lagi hahhaahaha... ok fine saya faham. no worries.

banyak ups n downs we shared together. i penah nanges kat kepala tangga hostel pon u yg temankan. cite luar dalam i pon u tau. dont worry u will never be apart with me. biar jauh jasad tetapi tetap bersatu dalam hati ecewaahh. hikss..

'owhh plis dont take my friend! we still need her to be in our side!'
love this picture soo muchh!
## pictures credit to SOLARIS PHOTOGRAPHY hehehe mcm biasa la i copied n pasted from fb.. thengs riezz!



16.1.13

firstime jmpa umi ngn tokdin!







lagi dan lagi gambar convo. hiks.. this picture is taken 2 days after my convocation day. i came back to uia to return my robe and all that. alang2 seluk pekasam, buat suprise skali. (siap pakat ngan kakcik tuuuu bhahhaha)

firstime jmpa tokdin n ummi. and yeahh they are nice people. nice ummi n tokdin hehehehe.. (up lagi dan lagi)

waktu ni muka busuk gila sbb baru lepas bangun tidur (yeah) and having real great stomach ache. tudung pon main sarung je tah sapa2 punya sbb malas da nk pkai tudung yg da selamat di ronyokkan. usai makan d convest hill bsama dia dan adik. i went to my sister's hostel to hv some rest and he settle his thingy things bla bla bla.

credit to her bro/sil for this picture. i copied and pasted sajo from fb. wahaha..

14.1.13

kami buddies kami takkan terpisah!

a week before - robe collection
seminit selepas keluar dewan. we are happiest ladies in the world!
US! *x cukup dua org. sigh~*

me and Ruzaini
again, with Ruzaini
sesi baling topi. bhahaha!
adegan melompat yang tak jadi. ok lawak! hahah!
hide and seek!

pose mintak lempang. bhaaha kbai!

bajet guest sbb da tanggal jubah. hiks!

skema as ever!
 pictures credit to Ruzaini's Photographer. hiks.

posted these photos so that the memory of us will never ends.

11.1.13

ikhlas dan hati

assalam. salam jumaat.

hari khamis kelmarin bersama berita gembira sekali lagi daripada firma ini untuk diriku.
probation period telah disahkan dan telah berkuatkuasa pada 7/01/2013 isnin lepas. alhamdulillah. walaupun masih belum sah bergelar peguambela dan peguamcara, aku telah diterima dengan hati terbuka di firma ini. syukur dengan rezeki.

gaji permulaan juga telah disahkan. tak apa. macam mak kata jangan merungut. kita kerja biar ikhlas. duit kalau dikejar memang tidak akan pernah cukup. yang sedikit tu insyaallah akan tetap akan cukup dengan berkat dan redha orang2 sekeliling terutamanya pelanggan kita. so aku dah tanak risau2 dah pasal duit. insyaallah ada rezeki akn btambah dan bergolek2 rezeki datang dari langit. insyaallah.

ada sahabat pernah beritahu, dia persoalkan, kenapa manusia bila sudah bekerja dan mempunyai duit sendiri, menjadi semakin kedekut untuk digunakan dan berbelanja. masa itu, aku masih di bawah jagaan dan tajaan ayah bonda, dan aku mengiakan kata2 sahabat itu. tapi sekarang, aku sudah faham dan aku akan menidakkan. itu bukan kedekut, tapi berjimat. dengan duit yang sedikit itu, kita akn sentiasa merasakan tidak cukup dan takut untuk keluarkan duit walau seringgit. percayalah. bukan kedekut, tapi berjimat.

aku yang dulunya sangat suka berbelanja, sekarang menjadi semakin berkira. ya, aku sangat berkira sekarang. aku mahu menyimpan duit-duit yang ada kerana tahu sangat susah untuk mendapatkannya. tapi bukanlah sampai ke tahap kedekut. insyaallah akan ada bahagian untuk orang2 lain itu. 

kena bersihkan hati. bersihkan. ikhlaskan niat. bekerja kerana mahu berbakti kepada yang memerlukan khidmat kita. bukan semua mampu buat apa yang kita buat. biarlah gaji tidak setinggi mana asalkan puas hati dapat berbakti. azam tahun baru, mahu puaskan hati semua orang tapi tidak membelakangkan hati sendiri. insyaallah. 2013 dengan hati yang berbunga-bunga dan penuh dengan kasih sayang. hati telah dibuka semula untuk insan2 yang masih memerlukan. insyaallah..


8.1.13

hello!

assalam....

woahh... lama dah x singgah kat sini.. rindu x rindu x?. haha....

saja nak asah tangan balik.. banyak benda nak update tapi masa yang x mengizinkan... let see esok lusa i will update things k. haha..