11.8.12

Graduation-part1

assalamualaikum....

ada berita gembira untuk diri sendiri ni. untuk orang lain tak tahulah pulak. 

one morning, sedang aku ber-ethic course di Bar Council KL, seorang sahabat baik 'tagged' satu link. tak sangka dan terharu. satu senarai nama rupanya. kubuka dengan sabar (sbb buka dengan handphone dan line disitu agak menggugat kesabaran dikala bulan puasa). buka-buka je, "woahhh! da keluar lahhh!" nasib baik tak jerit kuat-kuat dan melompat-lompat (masak lah kan kalau buat begitu tak pasal-pasal Pn. Hendon Muhammad halau aku dari dewan). memang dah kebiasaan kan, bila ada senarai nama begini, mesti kita cari nama orang-orang yang kita sayang dulu kan. yang tak berapa penting, kita lihat kemudian. wiwiwi~

apa-apa pun, i feel grateful. syukur kepada Dia yang satu. Nama saya tersenarai diantara senarai nama graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. kannn.... seronok je kann.. huhu~

Tangan yang diangkat dan bibir yang tidak putus mengucap syukur. 4 tahun + 1.5 tahun ku berusaha demi saat ini. macam-macam yang berlaku for god sake. saya dah menang. saya berjaya melepasi semua halangan itu. terima kasih kepada awak-awak yang sentiasa mencipta halangan itu untuk saya. awak buat saya makin kuat. terima kasih sekali lagi.. :)

I am number five! ;)
28TH IIUM CONVOCATION
6-8TH OCTOBER 2012
(AIKOL'S session tak sure lagi bila. high probability on the 1st day)

tahniah untuk sahabat-sahabat yang lain-lain juga. sahabat-sahabat di kursus-kursus yag lain juga. tahniah untuk awak juga. ayuh raikan hari bahagia kita. hihihi~

p/s: saya nak sejambak bunga mawar merah ya. terima kasih in advance. ;)

No comments:

Post a Comment