14.8.12

Choco Ball Resipi

assalam....
pejam mata je untuk post entry baru pada hari yang sama.... alahai.. baru pasang azam sehari satu entry je.. haha...
atas permintaan ramai yang mahukan choco ball resipi, sy post kat sini jela ya.... nnt try la buat ye.. ni kes malas nak ulang banyak2 kali bile orang tnya... nah salin/ print or print skrin.. haha... bsiap sedia!


(Gambar : taken from here . rupa bentuk yang sama tetapi resipi kami berbeza)

bahan-bahan

2 sudu margerin/ planta/ mentega
1 tin susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo/oligo koko/ovantine/vico (ai guna milo 1malaysia je, murah sket)
1 1/2 cawan kelapa kering (yg khas utk kuih)
biskut butang secukupnya.
coklat rice secukupnya.
cup kertas comel-comel.

cara-cara

1. panaskan mentega dengan api yg paling slow. slow lg dr slow
2. masukkan susu pekat manis. gaul non-stop..
3. masukkan serbuk koko, milo dan kelapa kering. gaul sekata non stop tau!
4. kna make sure jgn smpai berkerak. kerak sket2 takpelah tp jgn smpai kerak satu kuali.. rugi nnt.
5. kacau je sampai di likat and keadaan adunan tu sperti dodol. ( around 15-20 mnt)
6. bila da konfiden masak, pindahkan adunan drpd kuali ke pinggan (make sure pinggan tu dilapik dengan plastik)
7. biarkan adunan sehingga sejuk. bila dah sejuk, bole bulat-bulatkan adunan n letak biskut butang kt tengah2.
8. salutkan dengan coklat rice sehingga puas hati.
9. masukkan dalam cup comel-comel. tadaaa! da bole serve n makan!

***********
untuk langkah-langkah keselamatan supaya choco ball anda yg sedap tu lebih tahan lama, sila simpan di dalam peti sejuk. selalunya dalam satu adunan, sy bole dapat dlm 100+ biji. it depends on size uolss menggentel. hihihi...

ok done choco ball anda... sila notify me if awk guna resipi ni. bukannya apa. saja nak tau samada menjadi ke tak yg u olls buat tu... kalo nak anta kat tuan pnya resipi sket sbgai tanda penghargaan pon lagi baguih.... hihihihi...

kbai... selamat mencuba! =))

sweet memories of us.

the eight of us. i miss them all.
rindu wajah mereka, gelagat mereka, gelak mereka, airmata mereka.
rindu kebaikan mereka, keindahan mereka, buruk mereka, jahat mereka. saya rindu semua ini.
4 tahun bukan masa yang sekejap untuk kita bina satu ikatan persahabatan yang kuat. tapi kami berjaya. bukan nak kata tiada sengketa, itu bohonglah. tapi kami berjaya kawal.
sekarang masing2 sudah punya haluan masing2. seorang di utara, seorang di selatan, seorang di pantai timur, bersepah-sepah. tapi kami tetap bersatu. bersatu dalam hati sampai bila-bila insyaallah...


Teluk Cempedak - 24 disember 2010

Lookout Point Ampang - 25 March 2011

Putrajaya Bridge - 18 febuari 2010

Masjid Besi Putrajaya - 18 Febuari 2010

Rumah Hannaani, Bangi - 17 September 2011

Kompleks Mahkamah Jln Duta - 2011

Restoran Kunang-Kunang (tempat orang sedekah cincin emas) - 1 Febuari 2009

Ar-Rausha' Restaurant - 18 Oktober 2010

11.8.12

Graduation-part1

assalamualaikum....

ada berita gembira untuk diri sendiri ni. untuk orang lain tak tahulah pulak. 

one morning, sedang aku ber-ethic course di Bar Council KL, seorang sahabat baik 'tagged' satu link. tak sangka dan terharu. satu senarai nama rupanya. kubuka dengan sabar (sbb buka dengan handphone dan line disitu agak menggugat kesabaran dikala bulan puasa). buka-buka je, "woahhh! da keluar lahhh!" nasib baik tak jerit kuat-kuat dan melompat-lompat (masak lah kan kalau buat begitu tak pasal-pasal Pn. Hendon Muhammad halau aku dari dewan). memang dah kebiasaan kan, bila ada senarai nama begini, mesti kita cari nama orang-orang yang kita sayang dulu kan. yang tak berapa penting, kita lihat kemudian. wiwiwi~

apa-apa pun, i feel grateful. syukur kepada Dia yang satu. Nama saya tersenarai diantara senarai nama graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. kannn.... seronok je kann.. huhu~

Tangan yang diangkat dan bibir yang tidak putus mengucap syukur. 4 tahun + 1.5 tahun ku berusaha demi saat ini. macam-macam yang berlaku for god sake. saya dah menang. saya berjaya melepasi semua halangan itu. terima kasih kepada awak-awak yang sentiasa mencipta halangan itu untuk saya. awak buat saya makin kuat. terima kasih sekali lagi.. :)

I am number five! ;)
28TH IIUM CONVOCATION
6-8TH OCTOBER 2012
(AIKOL'S session tak sure lagi bila. high probability on the 1st day)

tahniah untuk sahabat-sahabat yang lain-lain juga. sahabat-sahabat di kursus-kursus yag lain juga. tahniah untuk awak juga. ayuh raikan hari bahagia kita. hihihi~

p/s: saya nak sejambak bunga mawar merah ya. terima kasih in advance. ;)

beauty


BEAUTIFUL is subjective. yes, i know. everyone knows. but being a beautiful woman with a skinny body is desired by ALL (not only women, it applies to men too!)

im started to loss weights in these few weeks (quite impressive). wish me luck for the following weeks. woha!

p/s: dear man, jika seorang perempuan mahu menghabiskan duit (duit beliau sendiri!) untuk membeli belah, please dont stop her. please.... she uses her own money.. she just need your time and understanding. you may lead her to the most stressful week ever! sigh~