selamat pagi dan salam ramadhan untuk semua....
lama sudah rasanya tak menjengah disini.. jauh disudut hati, macam-macam yang mahu dikongsi, cuma masanya sahaja yang tidak ada. rindu?. ya, saya rindu. sayang? ya, saya juga sayang. sayang mahu bermain-ain disini seperti dulu bersama awak yang sentiasa memerhati. sekarang saya sudah tidak pasti. adakah awak masih lagi disana memerhati?. atau hilang sudah rasa awak dibawa angin-angin pantai laut cina selatan bersama angan-angan awak serta kesibukan awak dengan subjek2 matapelajaran semakin meningkat tahap kesukaranya... ok, cukup satu bab, boleh selak mukasurat.
fikiran masih menari-nari mencari ilham untuk menulis.bukan mahu menulis secara mahir pun. cuma mahu menyusun ayat memulakan bicara. tatkala jari berjoget menekan kesana-kemari, otak juga ligat berputar. teringat peristiwa yang berlaku beberapa hari lepas. ya, peristiwa. ia bukan selalu terjadi. bila ianya terjadi, boleh simpan ketat-ketat dalam hati.
selalu sangat membayangkan sesuatu yang boleh dianggap mustahil berlaku tanpa diduga. sayang jika dibiarkan angan-angan itu tinggal hanya sbagai angan-angan. ok, begini. dia yang jauh selalu mahu datang dekat. dia yang sudah dekat mahu sentiasa lagi dekat. dia yang peramah selalu mahu berkata-kata perkara indah. dia yang baik sentiasa mahu mengambil berat. dia yang penyayang sentiasa mahu lebih menyayangi. menarik bukan?. bila manusia begini berlingkar sentiasa bersama diri anda, apa yang akan anda lakukan?. mahu dibiarkan lepas? atau tangkap dan peluk ketat-ketat supaya tidak lepas bebas?. mampukah melakukan itu?. sanggupkah bertindak walaupun bisa melukakan perasaan manusia lain?. tolonglah fikirkan sejenak.
harapan memang tinggi menggunung. tapi sayang, perasaan ingin tahu itu lebih tinggi dari perasaan ingin menyayangi. bukan sengaja berkeras hati, tetapi serik mahukan perkara yang tidak pasti. solusiku sendiri, kubiar dia bermain bebas, bila penat bermain, aku percaya dia akan pulang. sengaja kuambil risiko yang tinggi menggunung jika dia suatu hari nanti ketika dia sedang asyik bermain, dia punya rumah lain yang mahu disinggah atau terus dihuni. itu haknya. jika benar dia milik kita, pasti dia pulang tanpa perlu dicari atau disuruh.
dan ragu-ragu itu datang lagi. bagaimana jika sebenanrnya aku yang dijadikan rumah hinggap itu?. bagaimana jika kebaikanku sengaja dipergunakannya untuk meraih simpati?. bagaimana jika ubat penenang asli yang aku miliki hanya digunakannya untuk bertenang?. bagaimana?. jika sudah puas, dia pergi. jika sudah kenyang, dia pergi, jika sudah tenang, dia pergi. bagaimana?. boleh bantu saya menjawabnya?.
perbualan lama itu kuamati. ikhlas ataupun tidak? jujur atau hanya kata-kata manis dia? tetapi perhubungan yang lama itu membuatkan aku tidak syak apa-apa. dia sahabat yang baik. dia lurus. dia sopan. tetapi dia bermulut manis. banyak yang dirancangnya dibelakang pengetahuan org lain termasuk aku.. haha... kuimbas kembali kenangan ayam masak merah bersama dia. tak mungkin boleh lupa. ayam masak merah dikala winter yang diminta. mana aku mahu beri?. sudah lebih setahun berlalu. masih diungkit kejadian itu. haha.. maafkanlahku. jika ditentukan, dapat juga kuberikan makanan kegemaran dia itu.
kan sudah dikata. angan-angan itu sangat tinggi. silalah anda menjaga hati jangan sampai hnyut dan terus mati. sedikit harapan itu pasti tapi bukan dengan segunung impian. sedar. bukan layak untuk duduk ditempat itu. kosongkan sahaja ruang itu untuk manusia yang selayaknya..

No comments:
Post a Comment