2.1.12

Maaf saya dari hati...

salam... maaf untuk semua. hati ini kelihatannya semain sakit. bukan kerana buatan manusia lain tp kerana buatan diri sendiri. saya rasa saya perlukan ubat dan terapi.. Allahu Rabbi.. kepadaMu aku datang dan kepadaMu jua aku kembali..

saya tahu, bila saya sakit dan tak baik2, ada sesuatu yang mengganggu. bila rindu pada sesuatu yang tak pasti, saya tahu hati ini resah. bila study tapi ilmu tu susah sangat nak melekat pada hati dan minda, saya tahu saya yang menggelapkan hati sendiri. tapi kemana harus saya pergi bila hati gundah begini?. ke bawah selimut dan menangis?. ke tepi tingkap dan menangis?. atau ke hujung sudut bilik dan menangis?.

saya mahu rumah saya semula. saya mahu hati saya semula. saya mahu TUHAN saya semula. Allahuakbar. saya rasa saya semakin jauh. Maaf yang berjuta. banyak kesilapan yang telah dibuat. saya cuma perempuan lemah. saya tak tahan godaan dunia. betapa rapuhnya pegangan saya dan betapa nipisnya dinding iman saya.. maaf sebab lemah pertahankan maruah sendiri.. Maaf ya Tuhan...

tahun baru ini membuatkan saya sedar yang saya patut tinggalkan semua tu. saya nak kejar kehidupan saya yang lebih tenang. saya nak cuci semua kotoran yang saya sendiri buat. saya dah tanak main2 dah. maaf sbb saya terlalu banyak bermain. tahun lepas, tahun lalai saya. maaf sekali lagi.

saya nak jadi perempuan yang baik2. saya tak nak keluarga saya malu disebabkan perbuatan saya. saya contoh kepada adik2. saya contoh kepada bakal keluarga saya nanti. saya nak lelaki yang baik untuk jadi pasangan saya. semua org pun akan mahukan yang sama. jadi saya sendiri perlu berubah jadi baik untuk mendapat imbalan yang baik. pasangan kita adalah refleksi diri kita sendiri. mereka ibarat cermin,. kalau diri sendri pun saya tak sudi nak pandang, apatah lagi org lain kan.. dan saya rasa ini adalah masa yang terbaik. maaf dan doakan perubahan diri saya.