19.2.12

kulepaskan rindu di sini.

salam.. it has been weeks ku x sentuh blog ni.. ku rindu.. itu ku tak tipu.. aku rindu berceloteh disni.. ini ibarat separuh hidupku.. bila ditegah, ak rebah. bila ditegur, aku hancur.. aku kalah dengan kekerasan hati sendiri. acapkali kucuba sentuh kembali papan2 kekunci ini, acapkali itulah hati ini merintih.. banyak yang ingin dikongsikan. tak terhitung rasanya.. tetapi dgn hati yg gundah, rasanya baik kudiamkan diri buat seketika. tapi telah ku berjanji, bukan niatku untuk menghilangkan diri juga tidak inginku memutuskan ikatan.. maafkan kembali..

seronok rasanya hidup tanpa dikelilingi buku2 yang berat dan tebal.. hilang lelahku seketika. sekurang2nya bukan utk perkara2 ilmiah.. haha.. dulu, lenguh lengan dan betis ini kerana menuntut ilmu, melangkah tanpa jemu demi segenggam ijazah. kini semua itu tiada lagi. kini lenguh dan jerih badan ini kerana diabdikan pada keluarga dan kehendak sendiri. penat itu pasti. tapi aku puas sekurang2nya dpt berbakti walau hanya sekejap. aku tak tahu sampai bila. tapi aku yakin masa yg ada ini hanya dipinjamkan sekejap sahaja padaku. bila masanya sudah sampai untuk aku melangkahkan kaki keluar dari pintu rumah ini, maka aku terpaksa pergi. keluargaku harus mengizinkanku pergi. persoalannya di sini adalah bila masa itu akan hadir. sungguh, tiada siapa yg tahu kecuali Dia yang satu.

ku panjatkan doa kepada-Nya agar perjalanan hidupku selepas ini dipermudahkan. aku tidak perlukan duit yg berjuta, juga aku tidak mahu pekerjaan dan pangkat besar untuk dimegah2. yg aku mahu hanya kesenangan hidupku dan keluarga samada didunia ini dan juga di akhirat. semoga semuanya dipermudahkan.

betullah orang kata. waktu sesudah habis belajar adalah waktu sebenar untuk mereka menempuh kehidupan sebenar. dulu aku tidak memahaminya. bagiku, kehidupan menuntut ilmu itu sudah cukup susah.. tapi sekarang... haha,. hanya senyum sinis yg mampu kulepaskn. sesekali singgah soalan2 nakal di minda. sudah cukup dewasakah aku untuk menempuh segala dugaan dunia ini?. sudah cukup kuatkah aku? sudah cukup utuhkah tangkal kekebalan untukku bertahan hidup di bumi ini?. sejenak datang kembali kenangan2 dulu.. soal permasalahan hati saja aku sudah kalah. aku tewas sebelum bertarung. inikan pula permasalahan dunia. haih.. entahlah..

selangkah lagi aku memasuki fasa baru. fasa yang lebih tinggi dr sebelumnya. doakan aku rakan2. fasa pekerjaan yang kutunggu2 selama ini. di mana tempat inginku layangkan diri menempuh alam pekerjaan, biarlah saudara dan sahabat terdekat saja yg mengetahui. tidak perlu di hebah atau di canang di sni. mungkin suatu hari nnt, tp bukan sekarang. iyalah, aku hanya merancang, Dia yang akan menentukan dan memakbulkan. cukuplah sekadar tahu yg aku bukan anak manja yang hanya reti menadah tangan meminta nota2 ringgit dr orang tua. haha..

cukup smpai sini.. haaaaa... lega sungguh rasa hati dapat juga kupujuk jeri jemari ini untuk menulis kembali. walaupun bait2 kata kali ini agak menyebalkan hati sesiapa yg membaca, harap dimaafkan... haha.. aku cuba menjadi yg lebih baik dr semalam. semoga segalanya bertambah baik. aku ingin berubah menjadi yg terbaik ttp bukan berubah menjadi org baru yang asing. harap difahami itu. semoga Allah memberi umur yang panjang. semoga juga hati ini cepat sembuh dari luka2 emosi yg lalu. semoga semuanya dipermudahkan.. sekian. salam.